Wednesday 3 April 2013

TANGISAN BAYI.. BERMAKSUD??

Assalammualaikum..hye!

Bayi menangis...kenapa ye?? Hari tu saya ada terbaca artikel mengenai maksud-maksud tangisan bayi,baru tahu satiap tangisan tu membawa pelbagai maksud bukan sahaja sebagai tanda lapar yg selalu kita fikirkan..

Antara kemungkinan-kemungkinan bayi anda menangis adalah kerana lapar,kembung perut,badan terasa panas,penat,tak selesa atau ruam serta demam. Mereka tidak boleh bercakap lagi,jadi mereka akan menangis sebagai alternatif untuk memberitahu kepada ibu bapa ketidakselesaan yg mereka hadapi.

Kaedahg-kaedah untik mengenali tangisan bayi adalah:
- neh,dimana ianya membawa maksud bahawa bayi itu berasa lapar,Bayi juga akan menggerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau pun hisap jari.
- owh,menunjukkan yang bayi itu berasa mengantuk.Bayi akan menguap dan mulut mereka akan berbentuk bujur.Selain itu,mereka juga akan menggaru mata,menarik cuping telinga serta menggeliat.
-eh, jika bayi anda mengeluarkan bunyi ini,mereka diminta untuk disendawakan.Ini perlu dilakukan setiap kali lepas diberikan susu.
-eairh dan tangisan berpanjangan,menunjukkan bayi mendapat kembung perut.
-heh,ini pula adalah kerana bayi berasa sejuk,ruam atau pun lampin mereka sudah basah dan diminta untuk ditukar.

Ok ini adalah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan dengan anda semua.Harap dengan informasi ini,dapat mengurangkan sedikit beban buat ibu-ibu di luar sana kerana sudah mengetahui sebab-sebab bayi menangis..

ok see u on the next post..
drop ur comment..bye!


No comments:

Post a Comment